30 April 2013

Memboling di Pin Junction,Cineleisure Damansara

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Suka bermain boling?
Jika ya, boleh join Azfar dan Azwar memboling! Walaupun tidak begitu pandai tetapi mereka tetap hendak bermain boling. Aktiviti yang selalu kami lakukan jika ada masa. Mungkin Sop ingin semai minat Azfar dan Azwar bermain boling kot? Hehehehe

Sop sendiri minat juga bermain boling ini tetapi tidak boleh selalu bermain kerana kos boling adalah tinggi. Jika bermain pada hujung atau hari minggu, kos bermain adalah maksima. Pokai tu kalau main selalu :)

Semalam kami kesempatan singgah bermain di Pin Junction,Cineleisure Damansara semasa ke IKEA. Harga yang ditawarkan adalah menarik kerana pada hari minggu pun boleh dapat harga pelajar :)

Paling menarik ialah ada besi penghalang disediakan untuk kanak-kanak. Ini bermakna bola boling tidak akan masuk longkang! Seperti menipu sahaja menggunakan besi penghalang tersebut tetapi sangat membantu memberi motivasi kepada Azfar dan Azwar. Mereka lebih seronok kerana setiap balingan akan menjatuhkan pin.. huhuhu

Sebelum ini memang banyak yang masuk longkang berbanding terkena pin jika bermain di tempat lain. Azfar sangat kecewa apabila selalu masuk longkang! Huhuhu

Mungkin selepas ini Pin Junction,Cineleisure Damansara akan jadi tempat kegemaran kami untuk bermain boling :)

Galeri gambar:


















EmoticonEmoticon