Kenapa perlu hadir Mesyuarat Agong PIBG?

Selamat sejahtera kepada semu rakan.

Ada anak yang bersekolah?
Jika ya, secara automatik anda adalah ahli kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Setiap tahun, Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan untuk berbincang beberapa perkara yang penting untuk anak-anak. Malangnya ada ibubapa yang kurang mengambil perhatian tentang Mesyuarat PIBG ini. Mungkin mereka rasa PIBG ini hanya untuk orang lain? Huhuhu

Kenapa ibubapa perlu hadir ke Mesyuarat Agung PIBG?
- Mendapat maklumat terkini tentang sekolah yang mana ketika mesyuarat banyak maklumat terkini akan dikongsikan oleh pihak sekolah dan PIBG.
- Membuat pertanyaan berhubung psrsekolahan dan mendapat penerangan sewajarnya.
- Memberi cadangan penambahbaikan oleh ibubapa kepada pihak sekolah untuk kecemerlangan murid-murid
- Membuat keputusan sesuatu usul dalam mesyuarat dimana undian ibubapa diperlukan. Jika ibubapa tidak hadir, keputusan terletak pada mereka yang hadir.
- Memberi sokongan kepada PIBG dan pihak sekolah. Kehadiran ibubapa ke mesyuarat adalah tanda sokongan anda kepada persatuan
- Merapatkan hubungan antara guru dan ibubapa. Ketika mesyuarat, ibubapa bukan sahaja boleh berjumpa dengan guru-guru tetapi juga dengan ibubapa lain. Banyak maklumat boleh dikongsi dan merapatkan hubungan kemasyarakatan.

Sop sekarang menghadiri Mesyuarat Agung PIBG ke 21 SK Taman Seri Rampai. Mesyuarat PIBG yang pertama Sop hadiri. Azfar telah darjah 1 dan secara automatik telah menjadi ahli PIBG sekolah. Berkobar-kobar semangat untuk sokong PIBG sekolah. Hehehe

Anda sentiasa hadiri mesyuarat PIBG sekolah anak anda?

Previous
Next Post »