Google Nose atau Google Hidu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Google Nose
Sudah mendengar tentang Google Nose/ Google Hidu?
Teknologi terkini yang Google sedang bangunkan sungguh canggih dan hebat! Mungkin tidak terbayang oleh kita bagaimana komputer boleh memberi maklumat bukan setakat bacaan, maklumat, video dan gambar.

Daripada penerangan Google, kita boleh mengetahui apa sahaja jenis bau yang ada dalam pengkalan data Google seperti bau bunga, minyak wangi, bau kereta dan sebagainya.

Maklumat yang dipetik dari Google:

Bau baharu dalam carian

Akan datang ke deria anda: melebihi menaip, bercakap dan menyentuh untuk notasi sensasi baharu.
Sommelier internet anda: Panel Pengetahuan yang dipilih oleh pakar memasangkan imej, keterangan dan aroma.
Cuba bau: Pangkalan aroma Google - 15M+ scentibait.
Jangan tanya, jangan bau: Untuk semasa anda berwaspada dengan pertanyaan anda - SafeSearch disertakan.

Bau apakah itu?

Google HiduBETA mengembangkan teknologi baharu dan sedia ada untuk menawarkan pengalaman olfaktori paling jelas yang tersedia:
Deria Jalan kenderaan telah menyedut dan mengindeks berjuta batu atmosfera.
Pengesanan Bau Sekeliling Android mengumpul bau melalui sistem pengendalian mudah alih paling bijak di dunia.
SMELLCD™ 1.8+ resolusi tinggi yang sesuai untuk bau yang tepat dan terkawal.

Untuk lebih memahami, jom tonton video mengenai Google Nose ini:



Walaupun sekarang peringkat BETA tetapi kelihatan sangat menarik! Bayangkan kita boleh ketahui semua jenis bau terus dari laptop atau telefon bimbit.

Dekatkan hidung pada skrin - Pas ni ramai yang hidu laptop dan hanpun.. huhuhu

Korang jangan hendak cari bau bukan-bukan yer! Hehehe

Maklumat lanjut, sila lawat https://www.google.com/intl/ms/landing/nose/

Tidak dapat hidu bau? Sila lawat https://www.google.com/intl/ms/landing/nose/help.html

Nak tahu kisah yang sama, lawat di sini http://ihazaliza.blogspot.com/2013/04/monster-monday-1-google-nose.html

Previous
Next Post »