18 April 2013

Berada di Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Pernah singgah di Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan?
Ini adalah kali pertama Sop berada di Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebelum ini pernah beberapa kali mendengar tentang Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan ini tetapi belum punyai peluang.

Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan sebuah hotel yang menarik. Itu pandangan Sop bila berada di Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan ini.

Paling Sop suka ialah walaupun hotel telah lama tetapi 'maintenance' sangat baik dilalukan oleh pihak pengurusan Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ruang apartment
Sop berpeluang menginap di hotel jenis apartment 3 bilik di Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan ini. Ruang apartment sangat luas dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan balkoni. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik air. Kipas disediakan bersama dengan aircond bagi di dalam bilik tetapi hanya kipas untuk ruang tamu dan ruang makan.

Kemudahan lain yang disediakan di dalam apartment ialah TV, Video player, HiFi, Mini Bar, jug cattle, seterika, sejadah dan lain-lain lagi. Kemudahan yang cukup lengkap! Setengah hotel perlu minta dahulu baru hantar seperti seterika dan sejadah.

Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan juga menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang, gym, kedai runcit, court tennis, padang bola sepak, bola tampar, hutan reksreasi untuk aktiviti motovasi dan lain-lain lagi. Terdapat kemudahan adalah percuma tetapi ada juga yang berbayar :)

Ruang sekitar Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan ini juga menarik. Kawasan sekitar adalah bersih dan dipenuhi dengan tumbuhan hiasan.

Kawasan yang bersih
Makanan disediakan cukup menarik. Menu yang disediakan adalah berbeza setiap hari.

Sekiranya anda bercadang bercuti di Port Dickson, hotel Ilham Resort ini boleh dimasukkan dalam senarai :)

Galeri gambar:















  






EmoticonEmoticon