Bantu membantu bersama blogger

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bantu membantu sangat diperlukan bersama blogger tidak kira apa bantuan kecuali perkara yang tidak elok bukan?

Selalu kita lihat atau terbaca ramai blogger yang sangat pemurah dalam memberi bantuan. Kebanyakkan bantuan berbentuk tutorial atau penyelesaian masalah terhadap blog, bantuan kewangan, memberi tajaan dan sebagainya.

Teruskan sifat yang mulia untuk kepentingan bersama. Jika boleh, jika bantu-membantu untuk meningkatkan prestasi blog di Malaysia. Tinggi harapan tersebut bukan?

Sop cukup kagum dengan blogger-blogger negara jiran yang banyak bantu membantu dalam meningkatkan prestasi blog masing-masing. Antara sentiasa berkongsi link dari sahabat-sahabat dan menyediakan backlink bagi entry yang disalin. Kitapun patut lebih banyak berkongsi bukan?

Terbaru Sop cuba membantu menyelesaikan blog rakan yang tidak keluar komen pada blog. Ini adalah kali pertama Sop melihat masalah ini kerana Sop menggunakan sistem komen Disqus. Setelah cuba dan mencuba mengubahsuai koding blog akhirnya tidak berjaya juga (Huhuhu) Jika guna mobile dan template dinamik, sistem komen tiada masalah. Ini bermakna masalah utama berpunca dari koding template.

Dengan perlahan-perlahan Sop mula mencari template baru dan mencari template yang sesuai dengan tema blog asal. Cari dan mencari akhirnya Sop mendapat beberapa template yang sesuai dan menarik. Persoalannya adakah empunya blog akan suka?

Jika tanya Sop, mestilah Sop suka sebab cari ikut citarasa sendiri. Huhuhu

Dengan rasa bersalah Sop tukar juga template baru tanpa memaklumkan kepada empunya blog. Untuk memastikan pemilik blog suka dengan template baru tersebut, Sop cuba memasukkan elemen asal yang ada pada blog asal. Pandai-pandai tukar template blog orang lain! Mesti itu yang pemilik itu cakap bukan?

Setelah 2 hari bertukang, akhirnya template baru siap sepenuhnya dengan fungsi komen dan balas komen berfungsi dengan baik. Pada asalnya fungsi balas komen tidak berjaya pada penukaran template yang pertama. Tidak perasan tidak boleh digunakan. Akhirnya tukar kepada template yang baru dengan ciri-ciri yang hampir sama.

Walaupun sudah siap sepenuhnya, Sop masih tidak pasti sama ada pemilik suka atau tidak dengan perubahan blognya. Huhuhu

Hendak tahu blog siapa yang Sop maksudkan?

Anda kenai dengan Cik Nor Blog's?

Previous
Next Post »