08 April 2013

Azfar dan Azwar kemaruk bermain roller blade

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih lagi entry sekitar berada di rumah opah Mrs Sop yang terletak di Malim Nawar selepas entry semalam iaitu gambar bunga (entry Gambar bunga sekitar rumah opah Perak). Agak lama rasanya tidak bawa anak-anak bermain roller blade. Oleh kerana itu, kamaruk bermain roller blade menjadi kemuncak hingga sanggup bawa pulang ke rumah Moyang (Opah Mrs Sop).

Oleh kerana kami bertolak lewat (jam 4.30 petang), tiba di Malim Nawar telah malam. Sampai sahaja di rumah opah, terus mereka minta untuk bermain. Hanya sempat berehat sebentar sahaja terus memulakan aktiviti bermain walaupun malam. Nasib baik depan rumah opah ada ruang untuk boleh mereka lepaskan gian bermain :) Lagipun sepupu mereka turut membawa roller skate untuk bermain bersama.

Apa boleh buat? Layan jer lah.. huhuhu

Galeri gambar:








EmoticonEmoticon