Aplikasi maklumat Pilihanraya 2013 (PRU13) Android

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Telah muat aplikasi maklumat Pilihanraya pada telefon bimbit anda?

Demam pilihanraya telah bermula! Pastikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini dihujung jari.

Walaupun semua media menyediakan maklumat pilihanraya tetapi dengan adanya aplikasi pada telefon bimbit, anda boleh mendapat maklumat setiap masa dimana jua. Mudah bukan?

Hasil tinjauan Sop di Google Play mendapati banyak aplikasi yang disediakan kepada pengguna secara percuma. Antara kemudahan yang disediakan dalam aplikasi ialah maklumat calon, dun atau parlimen, kawasan dan sebagainya. Banyak maklumat boleh diakses terus daripada telefon anda.

Apa tunggu lagi, pasang aplikasi PRU13 di telefon bimbit anda. Buat carian pada Google Play dengan kata kunci 'Pilihanraya' atau 'PRU13' dan pilih aplikasi yang berkaitan :)

Selamat mengundi :)

Previous
Next Post »