Panaflex legakan sakit dan lenguh otot

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Siapa pernah guna Panaflex untuk legakan sakit otot?

Panaflex merupakan salah satu cara untuk menghilangkan rasa sakit atau lenguh otot. Panadol ada juga menyediakan ubat jenis makan (tablet) untuk menghilangkan rasa sakit dan lenguh tetapi dengan menggunakan Panaflex ia hanya ubatan luaran sahaja.

Dengan menggunakan Panaflex, pengambilan bahan kimia dapat dikurangkan seperti pengambilan Panadol tersebut.

Penggunaan Panaflex sangat mudah iaitu tampal sahaja dibahagian sakit. Boleh pakai bila-bila dan dimana sahaja.

Setakat Sop pakai kerana sakit bahu baru-baru ini, ia dapat kurangkan rasa sakit bahu tersebut. Tidaklah terus hilang bila pakai :)

Untuk penjimatan, kepingan Panaflex boleh dipotong kepada saiz lebih kecil. Jika ruang sakit atau lenguh tidak besar kenapa perlu tampal kepingan besar bukan?

Kepada yang pernah menggunakan Panaflex, adakah anda rasa kesannya?

Previous
Next Post »