Masih perlu guna nila untuk baju sekolah?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baju sekolah Azfar

Pernah guna nila untuk baju sekolah anda?
Jika dulu nila digunakan untuk mencantikan baju sekolah bewarna putih. Ini kerana apabila lama pakai dan selalu basuh, warna putih akan menjadi lusuh. Dengan menggunakan sedikit nila, baju putih akan menjadi seperti baru dan cantik kembali.

Dulu nila bukan sahaja warna biru tetapi warna lain juga seperti hijau dan ungu. Sop biasa hanya guna warna biru sahaja tetapi ada rakan menggunakan warna hijau.

Penggunakan nila perlu berhati-hati juga kerana jika terlebih guna nila, baju boleh menjadi warna biru. Bahaya juga bukan? Huhuhu

Sekarang ini, adakah masih relevan penggunaan nila?
Baju sekolah Azfar sekarang ini belum lagi guna tetapi kelihatan kearah sudah hendak lusuh. Bila lusuh, walaupun bersih tetapi baju kelihatan kurang cantik.

Adakah perlu bali baju baru sahaja? Teruk juga jika lusuh beli baru sedangkan baju masih elok. Jika orang duit banyak tidak apalah kan? Huhuhu

Adakah anda menggunakan nila untuk baju sekolah?

Nila baju
Sumber gambar

Previous
Next Post »