19 March 2013

Jemputan sertai Weeclicks Network Sdn Bhd

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jemputan sertai Weeclicks Network Sdn Bhd
Laman depan Weeclicks
Syarikat pengiklanan internet semakin hari semakin bertambah. Ini kerana internet menjadi medan promosi yang baik dan menjimatkan di masa kini. Masing-masing menggunakan internet dalam kehidupan seharian dan menjadi satu keperluan ketika ini.

Hari ini Sop menerima jemputan untuk sertai pengiklanan Weeclicks Network Sdn Bhd yang dihantar melalui borang 'Contact Me' pada blog. Kira jemputan istimewa juga jika syarikat pengiklanan menggunakan borang yang disediakan. Blog Sop ini bukan hebat sangat pun :)

Terima kasih kepada pihak Weeclicks Network Sdn Bhd yang sudi menghubungi Sop dan menghantar jemputan tersebut. Sop akan cuba sertai untuk melihat prestasi Weeclicks Network Sdn Bhd. Belum cuba, belum tahu bukan? Cuma diharap syarikat pengiklanan yang menjalankan bisnes ini tidak suka tipu orang seperti sesetengah pengiklanan yang tidak bayar :)

Berikut adalah jemputan oleh Weeclicks Network Sdn Bhd:
Saya mewakili Weeclicks Network Sdn Bhd ingin menjemput anda untuk menyertai Weeclicks.com.my.Kami ingin membantu anda meningkatkan nilai blog anda dan meneroka kuasa media sosial.

Menyertai network kami adalah PERCUMA. Kita boleh mewakili anda kepada pengiklan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik untuk laman web anda. Kami mempunyai kadar yang tinggi untuk CPC dan CPM.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai iklan kami, anda boleh memaklumkan kepada kami melalui e-mel atau melalui platform kami. Anda juga boleh memaklumkan kepada kami apa-apa iklan yang anda mungkin tidak mahu di laman web anda. Kami akan membantu mengambil menurunkan iklan dan mengelakkan iklan yang anda tidak mahu.

Kami berharap bahawa melalui platform kami, anda boleh terus menulis dan mewujudkan kandungan yang besar tanpa perlu bimbang tentang pendapatan anda. Anda tidak akan mahu kehilangan peluang mendapat pendapatan yang lebih baik daripada laman web anda.

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba juga, bolehlah layari http://weeclicks.com.my
Sop telah cuba daftar tadi tetapi kelihatan pendaftaran web Weeclicks Network Sdn Bhd ada masalah.


EmoticonEmoticon