29 March 2013

Jam mahal pun iklan kat Mudah.my?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Harga termahal- RM 43,500!

Pernah lihat harga jam paling mahal?
Sebelum ini kita biasa mendengar artis atau ahli korporat membeli jam dengan harga puluhan ribu ringgit tetapi tidak pernah lihat bagaimana agaknya jam tersebut.

Sekarang ini Sop sedang mencari jam tangan. Jam lama telah putus tali dan kini masa kena beli jam baru :) Jika melihat di kedai-kedai jam, mesti banyak yang berkenan tetapi harga pula yang tidak mampu. Mesti tertarik dengan yang hebat-hebat! Yang murah-murah terus jadi tidak cantik! Tu yang malas hendak tengok-menengok di kedai jam.

Seperti biasa, Sop akan windows shopping di Mudah.my! Sop suka dengan Mudah.my kerana pelbagai jenis barangan akan diiklankan untuk dijual. Huhuhu

Sedang mencari jam tangan yang menarik di Mudah.my tetiba terkejut dengan harga-harga jam yang dijual. Sop terkejut kerana jam harga puluhan ribu pun ada diiklankan di Mudah.my. Ingat boleh didapati di kedai-kedai eklusif sahaja. Tertanya-tanya juga dalam hati, ada ke orang beli dari internet?

Mungkin itu strategi marketing mereka kerana pengguna internet datang dari pelbagai jenis lapisan masyarakat. Malah jika urusan 'biding' melalui internet bernilai berjuta-juta pun ada bukan?

Cari jam kat Mudah.my ada dapat ke Sop?
Buat masa ini ada beberapa yang berkenan, telah emel kepada pengiklan tetapi tiada pula dapat jawapan. Huhu
Nak cari jam murah tetapi cantik! Boleh ker? Hehehe


EmoticonEmoticon