03 March 2013

Dapatkan fail dipadam tidak sengaja pada pendrive

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Dapatkan fail dipadam tidak sengaja pada pendrive

Fail pada pendrive dipadam secara tidak sengaja?
Mungkin anda akan mengelabah apabila tiba-tiba dengan tidak sengaja fail dalam pendrive dipadam. Itu yang terjadi kepada Sop apabila fail Excel kerja terpadam secara tidak sengaja.

Fail di dalam simpanan pendrive atau external memory berbeza dengan fail berada dalam komputer atau laptop kerana apabila dipadam, ia tidak akan dimasukkan ke dalam recycle bin. Ia bermakna fail akan terus padam dan hilang.

Selama 2 hari kerja tersebut dibuat terus melalui pendrive tetiba terpadam! Rasa seperti hendak menangis bila fail hilang begitu sahaja. Dateline telah dekat dan perlu disiapkan segera! Hendak buat balik mesti memakan masa 2 hari balik! Adus... Control macho, jangan sampai menangis! huhuhu

Sop telah mencuba beberapa software recovery pendrive tetapi tidak berjaya. Ada banyak software recovery pendribe atau external memory tetapi tidak semua percuma. Baca beberapa forum dan perbincangan tentang software yang betul-betul berfungsi dengan baik dan akhirnya berjumpa dengan software Recuva yang membantu dapatkan kembali fail Sop yang terpadam.

Sungguh lega apabila fail tersebut dapat diselamatkan walaupun format telah lari. Sekurang-kurangnya maklumat asas masih ada dan boleh disalin kembali.

Berikut adalah maklumat mengenai Recuva:

Dapatkan fail dipadam tidak sengaja pada pendrive
Recuva - File Recovery

Recuva - FeaturesFile Recovery
Undelete files on your computer
We've all deleted files by mistake, or without realizing we'd want them at some future point. Photographs, documents, music files, even emails - we've all had regrets. With Recuva, you can get them back quickly, safely, and easily. This compact Windows program does the work for you, scanning your drives for the files you need, then recovering them in a flash.
Recuva works on any rewriteable media you have. Whether you need to recover priceless photographs from your digital camera's memory card, files you backed up to an external hard drive, or the documents you carry around every day on your USB key, Recuva's got you covered. For prosumer and pro photographers, Recuva supports the Nikon RAW and Canon RAW (.CRW) formats.
If you listen to music on an iPod, Recuva can recover files directly from the iPod's drive. Even though you can't access files on your iPod directly, Recuva can. You don't have to worry about losing music from iTunes or your iPod any more.

Recuva disediakan dalam bentuk percuma dan berbayar. Sop hanya menggunakan Recuva yang percuma tetapi masih berfungsi dengan baik. Terima kasih Recuva kerana membantu Sop mendapatkan kembali fail yang dipadam dengan tidak sengaja :)

Kepada rakan-rakan terpadam secara tidak sengaja dan ingin mendapatkan kembali fail anda, Recuva boleh membantu. Untuk download Recuva, sila lawat http://www.piriform.com/recuva/download


EmoticonEmoticon