Cadangan percutian di cuti sekolah bulan Mac?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jom bercuti
Cuti sekolah pertengahan penggal semakin hampir. Ibubapa pasti sedang merancang aktiviti untuk anak-anak  agak cuti sekolah tidak berlalu begitu sahaja.

Sop juga sedang merancang untuk aktiviti cuti sekolah. Cadangannya ialah untuk bercuti atau berjalan-jalan ke tempat menarik di Malaysia. Mulanya hendak ke Johor untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Legoland. Anak-anak sibuk hendak pergi ke Legoland tetapi memandangkan Auni masih kecil rasa kurang sesuai dengan suasa dan cuaca untuk anak kecil.

Sekarang ini masih tercari-cari tempat menarik untuk dilawati dengan tempoh yang singkat. Masih tidak tahu mana yang sesuai untuk lawatan dan percutian keluarga.
Mungkin pergi berkelah?
Mungkin pergi tempat sejuk?
Mungkin pergi taman tema?

Ada cadangan yang menarik?
Anda pula merancang ke mana cuti sekolah ini?
Previous
Next Post »