Besi penyidai baju boleh laras

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tempat penyidai baju atau ampaian sangat penting untuk setiap rumah untuk menyidai baju yang dibasuh kecuali mereka yang basuh di dobi atau memiliki mesin basuh siap kering. Sop tidak mampu hendak beli mesin basuh yang boleh keringkan baju terus. Harga masih mahal! Kalau pakai mesin tersebut memang tiada masalah untuk sidai-sidai baju ini :)

Besi penyidai baju ini telah lama hendak beli tetapi selalu tertangguh. Hendak ke kedai hardware untuk beli tu yang malas. Asyik lupa sahaja (alasan). Huhuhu

Bagi rumah jenis tiada tanah seperti flat atau apartment memang perlukan tempat penyidai seperti ini. Ia sangat praktikal dari segi ruang dan penggunaan. Jika hendak guna boleh tarik keluar dan tolak jika tidak digunakan.

Dengan menggunakan besi penyidai boleh laras ini, jumlah baju yang disidai juga lebih banyak.

Besi yang digunakan juga adalah jenis tahan karat. Jadi ia sangat sesuai untuk penggunaan luar rumah.

Pemasangan juga mudah iaitu hanya perlu tebuk 4 lubang untuk mengikat pada dinding. Masing-masing boleh pasang sendiri.

Harga bagi besi penyidai boleh laras ini ialah RM90 sahaja (bergantung kepada kedai). Ia boleh didapati di kedai-kedai hardware. Saiz standard panjang besi penyidai ialah 6 kaki. Jika saiz yang anda perlukan pendek, maka besi tersebut perlu dipotong sendiri. Pastikan pasang dahulu pemegang penyidai tersebut dan baru potong ikut saiz yang betul-betul diperlukan.

Benda yang ringkas tetapi sangat praktikal. Setuju?

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
nurul farhana
AUTHOR
31 July, 2016 16:20 delete

Salam..harga penyidai besi ni rm90?murahnya

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
01 August, 2016 08:43 delete

harga 3 tahun lepas
sekarang mungkin dah mahal sejak ada GST :)

Reply
avatar