Baby Auni menangis tidak dapat sesuatu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah pandai menangis hendak sesuatu
Kemaskini Baby Auni yang mula pandai menangis apabila tidak dapat yang dia hendak. Perkembangan terbaru ini mula dikesan apabila Baby Auni mula menangis apabila sesuatu yang beliau hendak tetapi tidak dapat. Apabila diberikan kepada Baby Auni terus diam.

Sebelum ini, Baby Auni hanya menangis jika lapar, sakit, mengantuk, tidak selesa dan yang berkaitan. Sekarang sudah pandai hendak meminta tetapi dengan menangis.

Selain itu, Baby Auni juga mula pandai hendak mengikut Papa dan Mama ketika hantar ke rumah nenek pada hari bekerja. Perkembangan biasa bayi bukan apabila mahu mengikut ibubapa. Biasanya akan hantar tanpa ucap 'bye'. Huhuhu Jika menangis hendak ikut, lagi bermasalah! Huhuhu

Agaknya lepas ini pandai merajuk pula? Huhuh

Previous
Next Post »