07 March 2013

Azfar cedera terjatuh dalam bas sekolah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Semalam Sop dikejutkan dengan maklumat Azfar cedera hingga pecah bibir dan hidung calar. Maklumat dari mertua Azfar memaklumkan telah jatuh tangga. Selepas balik sekolah agama tersebut, Azfar terus masuk bilik dan tidur.

Mrs Sop yang juga risau telah menghubungi pihak bas sekolah untuk bertanyakan perkara tersebut.

Pihak bas sekolah memaklumkan Azfar telah jatuh di dalam bas ketika bergayut pada pemegang untuk orang berdiri. Kemungkinan semasa bergayut terlepas pegangan dan muka tersembam pada lantai.

Baru tahu hal sebenar yang mana Azfar bukan kali pertama bergayut. Tempat pemegang tersebut memang tinggi kepada kanak-kanak dan jika terjatuh tanpa landing yang baik mesti cedera seperti sekarang.

Setelah balik dari kerja petang semalam, memang teruk kena basuh. Pihak bas memaklumkan memang Azfar dan murid lain memang sukar untuk duduk diam ketika di dalam bas. Selepas ini, jika mendapat makkumat Azfar tidak duduk diam lagi ketika dalam bas, akan tukar dari naik bas kepada van pula.

Kecederaan tidak teruk, cuma pecah bibir dan calar pada hidung. Semasa balik dari sekolah pagi semalam memang Azfar diam sahaja. Mungkin kerana terkejut, sakit dan takut kena marah. Bila ditanya hanya jawab tidak tahu dan tidak ingat. Mungkin terkejut akibat terjatuh tersebut. Biasa sebelum ini tiada apa yang berlaku ketika bergayut.

Pada sebelah malam, baru Azfar kembali OK dan aktif kembali. Apabila ditanya, Azfar memaklumkan dia seorang sahaja yang bergayut dan ketika itu bas masih belum bergerak ke destinasi. Cuma bagaimana terjatuh Azfar masih tidak ingat. Kemungkinan minda menolak kenangan buruk tersebut dari ingatinya.

Dari kesilapan, Sop masih guna ideologi lama iaitu setiap kesilapan berpunca dari anak sendiri. Tidak perlu kita salahkan pihak bas kenapa tidak larang atau mengawasi kanak-kanak yang naik bas.

Semoga selepas kejadian tersebut Azfar akan ingat dan lebih berhati-hati. Tidak lagi bermain-main ketika di dalam bas.


EmoticonEmoticon