23 March 2013

Actionpay - Affiliate Rusia kini di Malaysia

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Actionpay - Affiliate Rusia kini di Malaysia
Actionpay.my

Pernah dengar tentang Actionpay?
Sop baru tahu apabila dihubungi oleh pihak Actionpay melalui telefon. Terkejut juga semasa menerima panggilan tersebut kerana bukan orang Malaysia. Dialet Bahasa Inggeris pun lain sangat sehinggah susah hendak faham apa yang diterangkannya.

Mulanya beliau bertanya adakah Sop pemilik web www.sop.name.my dan menerangkan tentang syarikatnya. Dia minta Sop terus buka website actionpay untuk mahkumat lanjut. Baru Sop faham apa yang diceritanya tadi :)

Beliau kemudian menghantar emel tentang maklumat sistem website dan maklumat berkaitan. Setelah melihat sistem Affiliate, Sop kurang berminat kerana affiliate bercirikan pendapatan hasil pembelian, penyertaan daripada blog kita. Namun jika produk yang diiklankan bagus, affiliate ini mampu memberi pendapatan yang baik!

Sop masih tidak berdaftar kerana kurang berminat. Keesokkannya beliau hubungi lagi bertanyakan sama ada Sop telah daftar atau belum. Sop maklumkan yang belum lagi berdaftar dan kali ini beliau maklumkan akan emel cara-cara untuk berdaftar pula. Rajin pula mamat ini ajak join program affiliate mereka.

Pendaftaran agak leceh juga kerana sistem masih menggunakan pendaftaran sistem website Rusia walaupun telah setup website domain Malaysia. Oleh itu, untuk pendaftaran kod SMS tidak berjaya diperolehi. Dalam manual yang diemel menyatakan Sop perlu hantar maklumat kepada support Actionpay untuk tujuan pengaktifan.

Setelah semua selesai proses pendaftaran dan pengaktifan, Sop boleh melihat iklan-iklan yang tersenarai. Ada banyak juga iklan yang target GEO Malaysia. Sop boleh guna link yang diberikan atau menggunakan banner yang disediakan untuk tujuan promosi.

Sekarang ini sedang mencuba untuk melihat prestasi daripada Affiliate Actionpay ini. Buat masa ini ia Actionpay masih baru di Malaysia setelah mengembangkan sayap ke 3 negara lain termasuk Rusia. Komisyen yang diberikan adalah tinggi untuk peserta affiliate ini. Harap produk yang dipasarkan oleh Actionpay ini mendapat pemintaan atau penggunaan yang tinggi di Malaysia. Setakat ini, Sop banyak lihat syarikat telekomunikasi yang beriklan dengan Actionpay Malaysia.

Kepada rakan-rakan yang ingin juga mencuba Actionpay ini, sila layari Actionpay.my



EmoticonEmoticon