16 February 2013

Pasar Kampung Laut, Kuala Terengganu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pasar Kampung Laut Kuala Terengganu telah lama wujud tetapi Sop lupa sejak tahun bila. Yang Sop ingat semasa sekolah menengah lagi pasar ini telah ada cuma dulu Pasar Kampung Laut berbentuk pondok-pondok sahaja.

Kini Pasar Kampung Laut Kuala Terengganu telah dinaiktaraf kepada bangunan yang lebih menarik dan selesa. Peniaga tidak perlu risau hujan dan panas kerana ia berbumbung menutupi semua ruang berniaga.

Pasar Kampung Laut Kuala Terengganu dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga jam 10 pagi. Pengunjung paling ramai ketika jam 8 pagi untuk mendapatkan barang keperluan harian seperti ayam, ikan, daging, sayur, makanan, kuih-muih, buah-buahan dan sebagainya.

Pasar Kampung Laut Kuala Terengganu hanya menyediakan lebih kurang 20 orang peniaga sahaja. Pasar ini hanya dikunjungi oleh penduduk sekitar Kampung Laut sahaja.

Sop apabila balik akan ke Pasar Kampung Laut untuk mendapatkan nasi dagang, kuih-muih dan buah-buah sahaja. Kadang-kadang Sop seronok melihat peniaga yang menjual pelbagai jenis barang jualan. Paling penting, di pasar ini Sop boleh jumpa ramai kenalan dan saudara mara yang jarang jumpa. Huhuhu


EmoticonEmoticon