Maju Therapy Zone - Tukang Urut Orang Buta

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Maju Therapy Zone
Ada masalah sakit-sakit badan?
Ingin hilangkan stress?

Mengurut adalah salah satu teknik perubatan yang digunakan sejak dahulu lagi. Ia mampu mengatasi banyak masalah kesihatan seperti sakit urat, patah, sakit badan, pening dan sebagainya.

Tukang urut buta telah terkenal sejak dahulu kerana tukang urut buta mempunyai deria yang lebih baik melalui sentuhan. Malah kerjaya sebagai tukang urut sangat sesuai dengan OKU buta dengan kelebihan yang ada tersebut.

Maju Therapy Zone merupakan merupakan kedai urut yang kesemua tukang urut adalah buta. Kedai urut Maju Therapy Zone ini juga sangat popular kepada penggemar urut kerana perkhidmatan yang baik.

Maju Therapy Zone menyediakan beberapa perkhidmatan urut iaitu urut badan, urut bahu, urut perut, urut muka, urut kaki, urut patah dan urut tradisional. Tukang urut terdiri daripada OKU buta lelaki dan perempuan yang mempunyai sijil serta kemahiran mengurut. Oleh itu, lelaki dan perempuan boleh datang mengurut di kedai urut Maju Therapy Zone ini.

Ini adalah kali pertama Sop ke Maju Therapy Zone kerana bahu dan leher rasa lenguh dan sakit. Mungkin silap tidur tidur atau bantal tidak sesuai.

Setelah membuat carian internet, kebanyakkan kedai urut buta banyak terdapat di kawasan Bangsar dan Brickfields. Ini kerana Persatuan Orang Buta terletak di sana dan akses pengangkutan juga mudah di situ. 

Terdapat review beberapa blog mengenai kedai urut buta ini. Sebelum datang, Sop buat panggilan dahulu untuk pastikan kedai urut ini masih beropesi dan mendapat maklumat kadar yang dikenakan.
Kos untuk mengurut bagi sejam ialah RM 50 dan RM 30 untuk setengah jam.

Kedai urut ini menyediakan 3 bilik urut dengan kelengkapan yang baik. Keadaan kedai juga bersih dan selesa.

Tukang urut juga adalah yang berpengalaman dan berkemahiran. Sijil-sijil tukang urut ada dipaparkan pada dinding kedai.

Bagi yang ingin mengurut di Maju Therapy Zone, ia terletak di Maju Junction Mall, Kuala Lumpur. Sila ke aras bawah dan ia terletak berhadapan Restoran Kenny Rogers dan KFC. Waktu operasi ialah bermula jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari.

Previous
Next Post »