Cashout Says.my pertama kalinya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berapa kali anda sudah cashout pendapatan dari Says.my?

Bagi yang belum lagi tahu apa itu Says.my, boleh lihat laman web Says.my. Ia merupakan salah satu laman web yang menyediakan sumber pendapatan internet kepada pengguna melalui perkongsian sosial. Telah ramai yang berjaya mengumpul pendapatan lumayan melalui Says.my ini. Syaratnya mesti aktif berkongsi kempen yang dijalankan.

Sop telah sertai Says.my ini agak lama tetapi tidak aktif berkongsi kempen yang ada. Malah agak jarang melawat laman web Says.my itu sendiri. Sejak penyertaan hingga sekarang hanya dapat kumpul RM70 sahaja. Itu pun terkumpul semasa agak aktif diawal penyertaan. Huhuhu

Setelah sekian lama terbiar dalam akaun Says.my, akhirnya Sop cuba untuk cashout pendapatan tersebut. Hendak di simpan tetapi tidak bertambah. Mungkin apabila cashout pendapatan Says.my ini, semangat kembali untuk aktif sertai kempen Says.my ini akan kembali. Huhuhu

Cashout tidak banyak iaitu hanya RM50 sahaja. Bolehlah buat minum teh tarik petang-petang dengan cashout itu nanti.

Sistem cashout Says.my agak mudah kerana pembayaran akan terus dibuat ke akaun bank pilihan anda.

Penyertaan Says.my ini juga mudah kerana anda tidak perlu ada blog atau web untuk jana pendapatan internet. Hanya perlu share pada Facebook, Twitter, G+ atau emel pun sudah mencukupi. Jika boleh share pada blog lagi baik kerana lebih banyak peluang untuk orang klik link anda kongsi, lebih banyak pendapatan yang anda boleh kumpul :)

Berapa banyak anda telah kumpul pendapatan dari Says.my? Ce kongsi :)

Previous
Next Post »