28 February 2013

Blog melatih percambahan idea penulis

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Blog melatih percambahan idea penulis
Menaip juga adalah senaman jari :)
Blog memerlukan seseorang untuk berkarya, menulis, berfikir, berimaginasi dan sebagainya (kecuali blog copy paste). Ia membantu penulis untuk sentiasa bercambah dari segi idea dan pemikiran.

Itu yang Sop dapat hasil berbual dengan seorang blogger yang umurnya separuh lebih tua dari Sop. Beliau cukup bangga dengan hasil penulisan beliau yang mana idea yang ditulis adalah berdasarkan pandangan peribadi. Sering kali berjumpa dengan beliau, tanpa segan beliau akan bercerita tentang entry penulisannya pada blog.

Lebih membanggakan apabila jumlah pelawat (hits) semakin meningkat setiap hari dan bermakna blog beliau sentiasa mendapat pelawat dan pembaca.

Beliau gemar menulis mengenai pendidikan kerana beliau juga dari cabang tersebut. Banyak yang dikupas dan hurai beliau melalui pemahaman dan pengalaman. Ujar beliau lagi, apabila menulis pemikiran akan lebih tajam dan segar. Mungkin pada umur pertengahan usia, berfikir sesuai yang memenatkan berbanding membaca yang lebih santai.

Namun begitu, apabila kita sentiasa mengasah pemikiran dan idea, ia akan sentiasa berkembang dan mantap. Sama seperti stamina atau kecergasan fizikal yang akan sentiasa baik jika sentiasa diasah dan berlatih.

Apa yang ingin Sop tekankan ialah sentiasa menulis untuk melatih otak dan idea agar sentiasa berkembang.

Sop cukup kagum dengan karyawan  yang mampu menghasilkan idea-idea yang menarik.

Adakah anda suka menulis?


EmoticonEmoticon