13 February 2013

Berkelah keluarga di Pantai Chendering

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berkelah di Pantai Chendering adalah aktiviti keluarga yang agak lama tidak kami lakukan sejak masing-masing telah besar dan berkeluarga. Jika dulu, kami selalu berkelah dan mandi manda di pantai Chendering ini.

Sekarang ini, angin masih kuat di Pantai Timur menyebabkan ombak agak besar. Kurang sesuai untuk aktiviti mandi manda di Pantai. Namun, ada juga yang bermandi manda di Pantai Chendering.

Pantai Chendering sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana pantainya yang landai dan air yang jernih. Tidak hairan jika setiap hujung minggu pasti ramai yang mandi manda di sini.

Kali ini, hanya 3 keluarga sahaja yang dapat menyertai perkelahan keluarga. Pada mulanya Ayah Sop cadangkan untuk berkelah di Tasik Kenyir tetapi memandangkan Baby Auni masih kecil, rasanya kurang sesuai untuk ke sana.

Aktiviti berkelah ini hanya sekadar makan-makan dan santai sahaja. Ia sekadar untuk keluarga kami berkumpul. Hanya Azfar dan Azwar yang lebih sedikit iaitu bermain pasir. Huhuhu

Agak sukar sekarang ini untuk mengumpul ahli keluarga Sop untuk kesemuanya kerana masing-masing ada urusan sendiri apabila bekeluarga.

Semoga kami boleh adakan aktiviti keluarga yang boleh mendapat penyertaan kesemua ahli keluarga. Keluarga kami bukan besar iaitu hanya 5 beradik sahaja tetapi semu telah bekeluarga. Hanya 2 kekuarga berada di kampung dan 3 keluarga berada di luar kampung termasuk Sop. Huhuhu

Seronok bukan jika boleh kumpul keluarga dan adakan aktiviti bersama?

2 comments:


EmoticonEmoticon