09 February 2013

Balik Kampung Kuala Terengganu 2013

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa aktiviti anda cuti perayaan Tahun Baru Cina ini?
Sop percaya ramai yang mengambil kesempatan cuti panjang ini dengan balik kampung atau bercuti. Ini kerana kebanyakkan jalan hari ini adalah sesak. Sop mendapat info daripada laporan jalan raya di radio. Malah perjalanan Sop dari Kuala Lumpur hingga ke Karak juga perlahan. Nasib baik apabila masuk Lebuhraya Pantai Timur perjalanan adalah lancar cuma setiap tempat rehat dipenuhi dengan kenderaan :)

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kampung Laut, Kuala Terengganu dengan selamat setelah perjalanan selama 11 jam. Kami bertolak jam 10.00 pagi dan sampai di kampung jam 9.30 malam. Perjalanan kami juga santai yang mana banyak berhenti dan pemanduan juga adalah berhemah. :)

Kami hanya risaukan Baby Auni takut meragam. Sebelum ini Baby Auni balik kampung baru berumur 4 bulan. Masih belum mengerti apa-apa dan hanya minum susu dan tidur. Sekarang ini berumur 9 bulan pasti sudah pandai bosan berada dalam kereta bukan? Nasib baik Baby Auni tidak meragam dan hanya tidak boleh duduk diam sahaja. Pelbagai umpan diberikan untuk menarik perhatian Baby Auni. 3 kali terlena sebelum boleh sampai ke kampung :)

Bagi Azfar dan Azwar telah biasa balik kampung To'ki memang tahu sangat jauh. Ada Azwar bertanya kenapa To'ki duduk jauh sangat? Huhuhu

Terima kasih kerana membaca entry ini :)

Gambar:


EmoticonEmoticon