23 February 2013

Baby Auni semakin mahir berjalan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Baby Auni semakin mahir berjalan
Sonok melihat Baby Auni berjalan
Update ringkas perkembangan Baby Auni yang kini berusia 10 bulan.

Sejak mendapat kaki (boleh berjalan), semakin aktif Baby Auni sekarang ini. Setiap masa akan berjalan ke sana ke sini ketika dalam rumah. Baby Auni juga semakin mahir berjalan dan mampu berjalan agak jauh.
Apabila panjang langkahnya, banyak tempat akan diziarahi Baby Auni. Apa yang merisaukan kami ialah takut ke tempat tidak sepatutnya seperti dapur dan bilik air.

Malah Baby Auni suka juga mengutip dan makan benda-benda yang dijumpainya. Oleh sebab itu, rumah sentiasa perlu di vacuum untuk mengelak benda-benda kecil dikutip oleh Baby Auni. Azfar dan Azwar selalu ditegur agar tidak membuang sampah dan mainan di merata-rata.

Jika berjalan di luar rumah, suka kami biarkan Baby Auni bebas berjalan. Latihan kepada Baby Auni untuk terus mahir berjalan.

Prestasi Baby Auni yang boleh berjalan pada umur 10 bulan mengalahkan abang-abang mereka yang boleh berjalan ketika umur 1 tahun :)


EmoticonEmoticon