Azfar minat kelab Manchester United

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Azfar minat kelab Manchester United
Bergaya dengan Jersi Manchester United tp buat tido :)
Anda peminat sukan bola sepak?
Anda suka dengan kelab Manchester United?
 
Sejak bersekolah tahun 1 ini, banyak perkara baru yang Azfar belajar. Terbaru ialah mula meminati kelab Manchester United (MU) sedangkan tidak pernah melihat perlawanan bola kelab tersebut sebelum ini. Yang ada hanya menonton bola sepak negara sahaja di rumah.
 
Mungkin pengaruh rakan sekolah? Ada agaknya rakannya yang betul meminati MU. Semasa mula Azfar sebut hendak baju MU, Sop ada bertanya MU itu apa? Memang Azfar tahu MU itu kelab bola sepak. Malah Azfar ada sebut tentang anak rakan-rakan Sop yang pakai baju MU di Facebook.
 
Biasalah agaknya anak-anak yang sedang belajar dengan perkara baru. Sebagai ibubapa, mana yang boleh ikut kehendak mereka layan sahaja lah.
 
Lagipun jersi kanak-kanak yang murah-murah banyak ada dijual :) Mulanya cari jersi MU yang berwarna merah tetapi tiada. Yang ada hanya jersi warna biru sahaja. Yang penting ada logo MU kerana itu yang Azfar kenal :)
 
Jika beli untuk Azfar, kena beli juga untuk Azwar. Apa yang Azfar minat, mesti Azwar pun minat walaupun sebut Machester United pun tidak betul. Huhuhu Tidak dapat pula ambil gambar Azwar pakai baju MU kerana telah tidur :)
 
Anda ada pakai jersi Manchester United? 
Previous
Next Post »