26 February 2013

Arokaya - Pusat Urut Thai Tradisional

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Arokaya Health Centre
Arokaya ialah pusat urut Thai Tradisional yang agak terkenal di negara ini. Terdapat beberapa cawangan Pusat Urut Arokaya ini seperti di Jaya Jusco Setiawangsa, Putra Mall dan lain-lain lagi.

Sebelum ini, Sop ada singgah ke Pusat Urut Orang Buta di Maju Junction kerana masalah sakit bahu. Oleh kerana masih belum lagi hilang sakit bahu tersebut, Sop ke Pusat Urut Arokaya pula.

Pusat Urut Arokaya menyediakan semua tukang urut dari Thailand ini menyediakan beberapa jenis urut kepada pelanggan. Sop memilih urut belakang, bahu dan kepala kerana bahu sahaja yang sakit. Tukang urut di Arokaya ini terdiri dari lelaki dan perempuan. Anda boleh memilih tikang urut lelaki atau juga perempuan tetapi kebiasaan, pelanggan lelaki akan diberi tukang urut lelaki.

Pusat Arokaya ini menggunakan hiasan sepenuhnya budaya Thai. Malah musik yang dipasang juga adalah musik Thai. Terasa seperti berada di Thailand ketika berada di Pusat Urut Arokaya ini.

Sebelum masuk ke bilik, pelanggan akan dibawa untuk membasuh kaki terlebih dahulu. Semasa masuk di bilik urut yang dibahagikan menggunakan kain, pelanggan dibekalkan dengan baju dan seluar. Pelanggan perlu memakai pakaian yang disediakan.

Terdapat pilihan untuk mengurut menggunakan minyak atau tidak. Jika ingin mengurut dengan minyak, RM10.50 akan dikenakan.

Semasa sesi mengurut, beberapa teknik akan digunakan seperti mengosok, memicit dan melipat. Tukang urut akan cuba melembutkan bahagian yang dirasakan bermasalah. Ketika itu, akan rasa urat-urat yang berbonjol atau tersangkut. Jika ada masalah, bahagian itu sangat sakit.

Urut Tradisional Thai sangat menyakitkan tetapi jika anda tidak tahan, boleh maklumkan kepada tukang urut. Pada mulanya agak sakit tetapi apabila bahagian diurut seperti dibetulkan, rasa sakit tersebut akan berkurangan.

Tukang urut memaklumkan badan Sop banyak ketulan. Sop sendiri tidak tahu bagaimana ketulan tersebut terjadi. Semasa tukang urut menolak ketulan-ketulan tersebut, memang terasa berbiji-biji.
Paling sedap ialah selepas sesi mengurut ialah badan akan rasa ringan.

Arokaya - Pusat Urut Thai Tradisional
Outlet Arokaya

Arokaya - Pusat Urut Thai Tradisional
Pakej dengan harga

Arokaya - Pusat Urut Thai Tradisional
Pintu masuk Arokaya

Arokaya - Pusat Urut Thai Tradisional
Ruang depan Arokaya


EmoticonEmoticon