25 February 2013

100 Plus Edge - Tanpa karbonat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Telah mencuba minuman 100 Plus Edge?

Sop baru pertama kali mencuba 100 Plus Edge ini tadi. Setiap kali badan kurang sihat atau lemah-lemah, minuman 100 Plus akan dicari tetapi bukan selalu. Doktor akan sarankan minum 100 Plus jika demam tetapi perlu gongcang untuk karbonat terlebih dahulu.

Kini minuman 100 Plus tidak perlu digongcang untuk membuang karbonat kerana dengan 100 Plus Edge, ia dibuat tanpa karbonat. Sesuai kepada mereka yang tidak suka dengan karbonat.

Sedapkah rasa 100 Plus Edge Tanpa Karbonat ini?
Pada pandangan Sop, rasanya sedap kerana tidak suka minuman berkabonat. Rasa 100 Plus Edge agak unik dan sedap. Ada rasa seperti minuman tembikai susu (pendapat Sop la.. huhuhu)

Bagi yang ingin mengetahui rasa sebenar 100 Plus Edge ini, kenalah cuba sendiri.

Harga Sop beli dikedai runcit tadi ialah RM3.00 iaitu lebih mahal berbanding 100 Plus botol biasa iaitu RM2.50.


EmoticonEmoticon