Ubah bilik anak untuk mesra belajar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih entry berkaitan ubahsuai bilik anak untuk keselesaan belajar mereka. Bilik anak-anak masih belum selesai diubahsuai kerana katil yang dipesan masih belum lagi sampai. Oleh itu, entry ini hanya berkongsi ruang belajar yang sempat dibuat ubahsuai ketika ini. Kemungkinan akan ada perubahan setting kedudukan untuk lebih selesa :)

Sebelum ini, Sop beli hanya 1 meja 2 kerusi dari IKEA. Oleh kerana tidak digunapakai untuk belajar, meja tersebut telah diletak komputer untuk kegunaan anak-anak. Sekarang ini Azfar telah darjah 1, terdapat kerja-kerja sekolah yang perlu dibuat rumah. Jika pra sekolah dulu memang tiada kerja sekolah, hanya kami yang beri dan minta buat :) Jadi tidak banyak peluang untuk gunakan meja tersebut untuk belajar sepenuhnya.

Persiapan yang dibuat peringkat awal ialah dengan mengeluarkan semua katil dan komputer dalam bilik tersebut. Penggantian penuh dibuat untuk beri nafas baru. Cewah... hehehe

Setakat ini, sempat yang dibuat ialah memasang meja tambahan, menggantung papan lembut dan bekas untuk letak peralatan alat tulis. Gambar juga digantung untuk memberi semangat ketika belajar. huhuhu

Jom lihat-lihat aktiviti pemasangan dan hasil bilik separuh siap berikut:

Meja sebelum ini hanya 1 sahaja

Pemasangan sungguh mudah

Vika Amon ialah papan meja. Ada pelbagai saiz dan warna

baca manual betul-betul sebelum pasang :)

Vika Adils ialah tapak kaki meja

memasang kaki meja

pemasangan yang simple sahaja

ringkas dan mudah bukan?

Bekas ini boleh tempat letak alatulis dan sebagainya

Baby Auni bertindak sebagai Boss besar!

operasi menyusun dan menghias

susunan meja ketika ini

Kalau bab pertukanan, semua rajin :)

Gambar untuk pembakar semangat belajar.. boleh?

testing 123.. ok tak Azwar? hehehe

Yey! Boleh belajar kat meja :)

Previous
Next Post »