04 January 2013

Sosej segera - terus boleh makan


Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah dengar Sosej segera?

Sop baru tahu sahaja tentang produk sosej segera ini sedangkan produk ini agak lama telah berada di pasaran. Biasa makan sosej yang perlu digoreng atau masak terlebih dahulu.

Sosej segera ini ialah sosej sedia untuk dimakan tanpa masak. Buka plastik dan terus makan. Mudah bukan?

Sosej jenama Omakane ini keluaran oleh Omcorp Sdn Bhd ini menggunakan teknologi Jepun mengikut Standard Halal Malaysia. Tiada pengawet digunakan dan tidak perlu disimpan sejuk.

Terdapat beberapa variasi perasa disediakan iaitu keju, otak-otak dan ikan tori. Rasa sosej segera ini adalah sedap. Sop bertuah kerana mendapat mencuba sosej segera ini :) Sampel telah diberikan oleh pihak Omcorp Sdn Bhd dalam penemuan tidak langsung.

Harga produk ini Sop tidak pasti kerana lupa hendak tanya. Dimaklumkan produk sosej segera ini boleh didapati banyak kedai dan pasar raya. Bagi yang jumpa, jangan lupa beli untuk rasa sendiri sosej segera ini.

2 comments:

  1. Eh? Xperlu masak? Pelik.. Nanti kalau ada jumpa bru la try cubq

    ReplyDelete
    Replies
    1. X pelik baby sbb dah ada :)
      Boleh makan terus.. dia buat utk makan terus :)

      Delete


EmoticonEmoticon