28 January 2013

Selamat Hari Lahir Azfar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari silih berganti, masa terus berlalu. Semakin hari, usia semakin meningkat. Sedar tidak sedar, semalam adalah ulang tahun kelahiran Azfar yang ke 7. Sudah cukup 7 tahun umur Azfar :)

Semalam telah ucap Happy Birthday kepada Azfar. Tiada sambutan, hanya ucapan sahaja. Minggu hadapan baru buat makan-makan untuk keluarga sikit dan beli kek.

Hari Lahir Azwar pula bulan Februari, jadi boleh diadakan bersama sambutan hari lahir tersebut minggu depan. Satu kek untuk 2 sambutan 2 orang hari lahir. Penjimatan :)

Hadiah? Tiada hadiah untuk hari lahir kerana tidak mahu jadikan budaya. Hadiah atau barang yang dikehendaki dibeli sentiasa tanpa kira hari lahir atau tidak. Contoh roller blade, boleh sahaja dijadikan hadiah hari lahir tetapi kenapa perlu hari lahir baru hendak bagi bukan? Hehehe

Beli kek dan makan-makan sekadar meraikan sahaja. Perut pun kenyang! Hehehe

Dalam entry ini, Sop ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Azfar yang ke 7 tahun. Moga membesar menjadi anak yang soleh dan diberkatiNya. Amin

1 comment:

  1. Selamat hari jadi utk si hero malaya ni.. Perfect 7 :)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon