Pakai jam untuk belajar waktu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jam sangat penting untuk menentukan masa. Tanpa jam, susah juga hendak tahu jam berapa bukan?

Jika masa Sop kecil-kecil dulu jika keluar rumah akan berpandukan matahari. Jika betul-betul tegak atas kepala, bermakna jam 12 tengah hari :)

Ini adalah kali kedua Sop beli jam untuk anak-anak tetapi kali ini jam lebih 'real' berbanding sebelum ini. Jam sebelum ini lebih kepada jam permainan yang ada waktu tetapi ada gambar kartus serta laser. Tidak sampai seminggu habis tali pin patah kerana ianya plastik sahaja.

Kali ini Sop beli jam khas untuk Azfar dan Azwar belajar waktu. Oleh sebab itu, jam sebenar dibeli bukan lagi jam permainan. Mereka juga seronok mendapat jam kerana bukan sahaja dapat belajar waktu tetapi juga ala-ala BEN10. Adus!

Sekarang setelah diajar sedikit sebanyak mereka telah tahu jam berapa. Jika pada awal pakai, Azwar akan menjawab *jam* setengah sahaja. Contoh jika jam 10 pagi, dia akan jawab 10 setengah. Begitu juga dengan waktu lain, semua ada setengah dibelakangnya. Huhuhu

Tapi kini sudah tahu baca sedikit sebanyak waktu sekarang. Maklum jam digital tiada masalah untuk baca jika sudah tahu membaca :)

Lepas ini bolehlah pakai jam ke sekolah :)

Previous
Next Post »