Meriahnya skating di Tasik Titiwangsa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Skating adalah aktiviti yang menyeronokkan jika pandai. Disampaing beriadah, skating boleh mengeluarkan peluh sama seperti jogging cuma lebih laju :)

Azfar dan Azwar telah lama memiliki kasut roda tetapi jarang bermain. Tidak selalu dapat bawa mereka bermain sehingga masih belum pandai. Kemahiran untuk bermain kasut roda bukan mudah. Ia perlu selalu bermain untuk dapat mengimbangi badan dengan pergerakkan. Sop ingat beli kasut roda tayar 4 mudah sedikit buat mereka tetapi silap, sama juga susahnya.

Ada kanak-kanak kecil lagi dari Azfar dan Azwar boleh bermain dengan baik di Tasik Titiwangsa. Dia mesti selalu bermain, sebab itu pandai :)

Seronok tengok ramai yang bermain kasut roda di Tasik Titiwangsa. Sop tidak sempat bermain walaupun ada bawa kasut roda. Asyik betulkan kasut roda Azfar dan Azwar sahaja. Sudah sampai masanya Sop beli roller blade untuk mereka?

Seronok dapat beriadah bersama keluarga sambil-sambil buat aktiviti yang berpeluh :)

Previous
Next Post »