15 January 2013

Bilik anak siap sepenuhnya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Setelah beberapa hari mengubahsuai bilik anak, akhirnya ia siap sepenuhnya apabila katil yang dipesan telah sampai. Sedikit perubahan telah dibuat daripada susunan asal kerana untuk lebih ruang dalam bilik tersebut.

Kini Azfar dan Azwar lebih semangat untuk membuat kerja rumah. Azwar yang berada di kelas pra sekolah turut sibuk hendak buat kerja sekolah walaupun tiada kerja sekolah seperti Azfar.

Kini mereka juga telah tidur di katil masing-masing. Sebelum ini selalu tidur di bilik utama kerana berebut katil atas bawah yang dibeli sebelum ini. Kini tiada alasan berebut katil dan bilik juga telah selesa.

Lega juga bilik anak-anak telah siap. Jika tidak, perlu jadi tukang rumah sahaja selalu. Huhuhu


EmoticonEmoticon