24 January 2013

Azwar demam dan batuk

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sekarang ini musim berpenyakit?
Perubahan cuaca biasanya akan menyebakan badan tidak selesa dan boleh menyebabkan demam. Begitu juga dengan cuaca kering dan berabuk menyebabkan ramai yang batuk.

Sebelum ini Sop yang batuk, kemudian merebak kepada Mrs Sop, Baby Auni dan sekarang Azwar.

Azwar yang biasanya sangat aktif jika sihat terus berubah lemah habis. Jika tiada apa-apa, Sop memang tidak boleh lihat Azwar duduk diam. Berlari ke sana ke sini, lompat kanan, lompat kiri dan sebagainya. Jika disuruh duduk diam, bagaikan satu hukuman yang besat.

2 hari ini, Azwar banyak baring dan lemah. Sebelah malam, akan batuk-batuk!

Hari ini bawa Azwar ke klinik untuk mendapat ubat dan juga MC. Semalam Azwar tidak ke sekolah kerana demam.


EmoticonEmoticon