25 January 2013

Auni sudah tidak mahu makan ubat

Auni sudah tidak mahu makan ubat
Pegang ubat boleh, tapi makan tak nak!! Huhuh
Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Siapa suka makan ubat?
Agak sukar untuk orang suka makan ubat kerana ubat tidak sedap tetapi kalau sedap, masalah juga kerana terlebih makan ubat pula. Hehehe

Dalam entry sebelum ini, ada dinyatakan Baby Auni tiada masalah untuk makan ubat tetapi sekarang tidak lagi. Baby Auni mula tidak mahu makan ubat sejak batuk sebelum ini. Mungkin kerana ubat batuk yang agak tidak sedap berbanding ubat demam yang ada berperisa oren dan sirap. Sejak itu, apabila melihat picari sahaja akan tutup mulut seketatnya. Huhuhu

Sekarang ini, Baby Auni masih batuk dan terpaksa diberi ubat batuk. Tidak berjaya untuk pujuk-pujuk lagi seperti sebelum ini. Cara paksa ialah apabila Baby Auni menangis, baru mulut terbuka dan dapat sembur ubat batuk.

Sop tidak campur ubat kedalam susu kerana takut fobia dengan susu pula apabila rasa ubat. Baby Auni tidak mahu minum susu lagi masalah bukan?

Harap Baby Auni cepat sembuh batuk, papa tidak perlu paksa bagi makan ubat lagi. Huhuhu

Apa cara anda bagi ubat pada bayi?


EmoticonEmoticon