30 January 2013

Aplikasi Instaplace untuk Android

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Aplikasi Instaplace untuk Android
Instaplace
Agak lama tidak berkongsi entry tentang Android walaupun Sop masih pengguna tegar Android. Berbeza dahulunya teruja dengan Android dan banyak hendak explore. Sekarang agak slow dan game Android pun tidak download.

Penantian aplikasi Instaplace akhirnya berakhir apabila aplikasi ini boleh digunakan oleh telefon Android. Sebelum ini hanya telefon iPhone sahaja yang terdapat aplikasi ini. Memang jeles!

Pada awalnya aplikasi berada dalam Google Play sebagai 'under contraction'. Agak kecewa kerana lama menanti untuk aplikasi ini berfungsi sepenuhnya. Baru 2 minggu sahaja aplikasi ini berjaya digunapakai oleh telefon Android dan masih bentuk versi 'BETA'. Walaupun versi BETA, aplikasi ini boleh digunakan tanpa masalah. Cuma kadang kala restart beberapa kali terutama ketika bateri rendah.

Apa yang menarik aplikasi Instaplace ini?
Aplikasi ini berfungsi memasukkan tempat, tarikh dan masa ke dalam gambar yang anda ambil. Menariknya ialah template yang disediakan cukup menarik menjadikan gambar anda sangat hebat. Pengguna boleh memilih template berdasarkan citarasa dan kesesuaian gambar.

Untuk lebih menarik, gambar tersebut boleh dipindah pada aplikasi Instagram untuk tambahan ubahsuai gambar atau juga aplikasi lain. Pengguna juga boleh terus kongsi gambar tersebut melalui aplikasi yang dipasang pada telefon seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Untuk mencuba aplikasi ini, sila download dari Google Play dengan carian Instaplace.

Selamat mencuba :)

Contoh gambar:
Aplikasi Instaplace untuk Android

Aplikasi Instaplace untuk Android


EmoticonEmoticon