Ulasan tentang Fear Factor Selebriti Malaysia

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Menonton Fear Factor Selebriti Malaysia?
Fear Factor antara rancangan kegemaran Sop yang mana aksi ngeri yang dilalui sangat mendebarkan semasa menonton.

Adalah rasa bangga apabila Fear Factor Malaysia turut diadakan yang mana penonton boleh melihat rakyat Malaysia melalui aksi yang menakutkan.

Penantian untuk menonton Fear Factor Selebriti Malaysia berakhir malam ini setelah cabaran pertama dilalui oleh peserta. Rasa seperti banyak yang kurang dalam Fear Factor Selebriti Malaysia berbanding Fear Factor sebelum-sebelum ini.

Paling kurang pada pandangan Sop ialah dari segi pengacaraan yang mana kelihatan kurang hidup dan terlalu kaku. Tones suara tidak sesuai yang mana kurang bersemangat. Rancangan Fear Factor perlukan suasana yang tegang, cemas, bersemangat dan sebagainya.

Kenapa Fear Factor ini tidak dibuka kepada umum yang mana mereka yang betul-betul layak bertanding untuk berebut hadiah RM200k tersebut? Apabila dipilih dari kalangan selebtriti, rancangan kelihatan agak lemah dalam pertandingan yang dijalankan.

Komen Sop hanya sekadar ulasan biasa dari seorang penonton. Penonton yang ingin rasa sama-sama debaran, ketakutan, cemasnya rancangan Fear Factor ini.

Apa pandangan anda pula?
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
baby comel
AUTHOR
30 December, 2012 07:08 delete

Fikiran kita sama abg sop.. Bukan xsuka Aaron Aziz, suka sgt dgn dia tp bila tang bab beliau menjadi host rancangan ni terasa ada something yg kurang di situ..
Ni bkn kritikan.. Cuma mengharapkan yg kita sbg penonton menerima aksi yg terbaik dr mereka

Reply
avatar