26 December 2012

Telefon pintar bila talian internet tidak pintar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pakai telefon pintar tetapi talian internet tidak pintar, jadilah gambar seperti di bawah. Asyik loading tunggu hendak keluar gambar. Sangat menyedihkan apabila terpaksa menunggu lama!

Aplikasi Facebook sekarang ini sangat berat kerana banyak grafik yang perlu dipaparkan. Jika masa kouta telah habis, sangat malas Sop hendak buka dan tengok status kerana lambat untuk keluar paparan.

Jika guna aplikasi lain seperti web, chat dan lain masih boleh dimaafkan lagi :) Tidak terlalu lama menunggu untuk dipaparkan.

Oleh itu, pakailah pakej internet sama pintar seperti telefon pintar anda. Telefon pintar sahaja tidak mencukupi. Hehehehe

Pesanan kemasyarakatan oleh pengguna telefon pintar yang telah habis kouta pintar. Heheheh



EmoticonEmoticon