Tak nak bawa beg perempuan - Azwar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tak nak bawa beg perempuan? Apa cerita?

Jika hendak tahu, ini adalah update perkembangan Azwar yang hampir masuk umur 6 tahun. Sekejab sahaja sudah besar bukan?

Perkembangan Azwar seperti biasa sama seperti kanak-kanak lelaki lain kot. Cuma kadang-kadang Azwar ni banyak karenah juga. Banyak sahaja alasan dan banyak juga idea beliau.

Terbaru ialah pagi tadi Azwar bagi alasan tidak mahu bawa beg Baby Auni kerana beg perempuan. Boleh terima alasan tu?
Jika bab-bab perempuan ni, memang Azwar tidak boleh macam warna kegunaan perempuan. Dia anggap warna pink, ungu dan kuning adalah warna perempuan. Pernah beli roti ban pisang yang ada gambar kartun perempuan. Dia tidak makan roti tersebut kerana ia roti perempuan "kata Azwar"

Adus, macam-macam hal bukan?
Tetapi itu yang menjadikan keluarga unik bukan? Macam-macam karenah.

Azwar oh Azwar. Bahagian merosakkan barang pun dia juga. Iks iks ikss
Previous
Next Post »