07 December 2012

Tablet Android 7" lagi untuk anak-anak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sebelum ini, Sop ada beli Tablet Android 7" murah untuk anak-anak. Apabila ada satu sahaja, mula berebut-berebut untuk bermain walaupun telah diberi syarat untuk berkongsi. Awal-awal sahaja berkongsi tetapi apabila ada game yang seronok, mula susah hendak bagi.

Macam Azfar telah pandai bermain, jadi masa untuk tamat permainan lebih lama berbanding Azwar. Apabila tamat permainan, perlu gilir-gilir. Apabila sekejab, Azwar mula susah hendak bagi! Begitu juga apabila hendak tukar-tukar permainan lain, berebut hendak main terpaksa tutup buka. Adus, leceh juga.

Oleh kerana Azfar telah banyak bantu Mrs Sop terutama semasa outstation, Mrs berjanji untuk beli lagi satu Tablet Android 7" tersebut. Yang baru akan diberikan kepada Azfar kerana yang lama Azwar telah pecahkan skrin hari itu. Azwar tiada masalah. Lagipun Tablet Abdroid baru ini sama jenis sahaja.

Untuk membezakan antara milik Azfar dan Azwar, Sop beli warna putih pula.

Sangat seronok mereka semalam kerana telah ada satu sorang. Mereka tidak perlu berebut! Azfar terus minta Sop memasang game-game yang boleh mereka main.

Seronok mereka dapat gajet tetapi amaran awal telah bagi. Jika hari bersekolah, akan ditahan dari bermain. Hanya cuti sekolah dan hari minggu. Jika rosak, tiada lagi repair-repair! Jika malas-malas hanya layan game sahaja akan dijual tablet tersebut!

Setakat ini mereka setuju tapi tengok nanti jika sudah bosan :) Hehehehe



1 comment:

  1. Wah.. Kita nk jugak abg Sop :) hehe.. Best la dpt tab baru..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon