12 December 2012

Pomen cuai bahayakan penunggang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pomen atau mekanik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Tugas beliau sama seperti doktor yang mana sentiasa merawat kenderaan yang rosak. Keyakinan diberikan oleh pengguna untuk memastikan kenderaan selamat dan boleh digunakan.

Baru ini Sop ada ke bengkel motosikal untuk mukar "pad break" yang telah kehabisan. Setelah menunggu beberapa pelanggan lain turut baiki motosikal masing-masing, akhirnya giliran motosikal EX5 biru kesayangan Sop.

Proses penukaran "pad break" belakang berjalan lancar. Selepas membuat bayaran, Sop terus pulang.

Beberapa hari bawa motosikal, seperti ada bunyi lain pada motosikal. Pada pendapat Sop, mungkin rantai motosikal kendur dan bergelel sehingga berbunyi. Apabila diperiksa, rupanya skru longgar dan hampir tercabut.

Adus, berderau juga darah apabila melihat skru tersebut yang tinggal sedikit lagi untuk jatuh. Kedudukan sangat bahaya! Skru tersebut yang menentukan pegangan tayar kepada badan motosikal! Tidak dapat bayangkan jika tercabut semasa Sop bawa 200KmJ motor EX5 tersebut! (meter 120KmJ jer.. Hehehe)

Kepada pomen-pomen, jangan cuai! Keselamatan penunggang bergantung kepada anda. Pengguna juga jangan terlalu yakin, periksa juga takut terjadi seperti kes Sop. Bahaya!

1 comment:

  1. Betul tu abg sop.. Keselamatan tu sgt penting kan.. Nasib tak jadi pape dekat abg sop

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon