Pernah cuba minum Chatime?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Chatime
Baby Auni hendak juga?

Pernah minum minuman Chatime?
Sop baru sahaja mencuba setelah sekian lama melihat orang lain sibuk membelinya. Sop bukan penggemar minuman sejuk sebab itu susah hendak membelinya :)

Chatime sangat popular ketika ini dan menjadi persaingan kepada CoolBlog. Minuman yang sama jenis dan cara perkhidmatannya. Masing-masing ada kelebihan tersendiri dan terpulang kepada pengguna yang mana lebih digemari.

Pilihan menu minuman adalah pelbagai. Pilih sahaja apa rasa yang anda inginkan. Topping jelly juga menambah rasa kepada minuman tersebut :)

Anak-anak Sop memang suka dengan minuman sejuk. Agak sukar jika hendak bagi minuman panas kecuali susu sahaja :) Anak-anak juga suka dengan jelly yang menjadi topping dalam minuman yang disediakan.

Kat mana minuman Chatime ada dijual?
Setakat ini, Sop lihat merata shopping complex ada kedai Chatime ini. Malah, ada di luar shopping complex pun ada seperti di Danau Kota. Negeri-negeri lain, Sop percaya sudah ada juga.

Walaupun harga sedikit tinggi tetapi kerana sedap, ramai yang membelinya.
Bagi yang belum pernah cuba minuman Chatime ini, bolehlah rasa nanti :)

Chatime
Belum buka lagi terus gigit.. hehehe
Chatime
Banyak negara ada rupanya
Chatime
Harga ok ka? Boleh makan nasi goreng dengan air dah tu :)
Chatime
2 saiz yang berbeza
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
baby comel
AUTHOR
11 December, 2012 16:16 delete

Sy org kg, xpernah jumpa la chatime ni :) hehe

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
11 December, 2012 16:59 delete

nanti sop minta chatime buka kedai kat kg baby yer :)
hehehe

Reply
avatar