17 December 2012

NZ Curry House Danau Kota

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

NZ Curry House tidak asing lagi kepada warga Kuala Lumpur sama ada untuk makan-makan atau melepak. Restoran mamak ini antara yang menjadi pilihan ramai.

Sop sendiri selalu lepak di NZ Curry House sama ada di cawangan Wangsa Walk atau cawangan utamanya untuk makan-makan.
Jumaat lepas, satu lagi cawangan NZ Curry House telah dibuka iaitu terletak di Danau Kota. Paling best ia terletak dekat dengan rumah Sop. Lebih banyak pilihan kedai mamak area kawasan rumah Sop :)

Sama seperti cawangan NZ Curry House yang lain, menu disediakan adalah sama. Keselesaan sama dan prestasi pun sama. Cuma masih disediakan WiFi sahaja lagi :)

Bagi yang hendak singgah restoran NZ Curry House ini, ia terletak di Jalan Genting Klang dan bersebelahan dengan Columbia Hospital.






EmoticonEmoticon