16 December 2012

Menonton filem The Hobbit

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Telah menonton filem The Hobbit?
Sop dan keluarga baru sahaja menonton hari ini di TGV Wangsa Walk. Jika melihat trailler The Hobbit, pasti teringin menontonnya kerana ia adalah kesinambungan kepada cerita Lord Of The Ring (LOTR) sebelum ini.

Filem LOTR memang Sop ikut dari awal hingga habis. Filem The Hobbit banyak mengaitkan kembali dengan filem LOTR dan penonton boleh hubungkaitkan.

Ia mengisahkan kembali tentang Pakcik Frodo iaitu Bilbo Barggin semasa muda dan mula mengenali Gandaff mengikuti pengembaraan menolong manusia kerdil. Pengembaraan itu telah menceritakan tentang penemuan cincin oleh Bilbo dan sebagainya.

Penonton dibawa mengikuti pengembaraan yang hebat tetapi jalan cerita agak perlahan. Plot sedikit perlahan dengan aksi yang tidak banyak memberi kesan sedikit bosan. Bagi yang belum menonton filem LOTR pasti akan sedikit sesat dalam jalan cerita ini.

Perjalanan filem ini seperti masih jauh kerana matlamat pengembaraan belum sampai. Sop rasakan banyak aksi disimpan untuk sambungan The Hobbit seterusnya.

Secara keseluruhan, The Hobbit sedikit membosankan tetapi seronok dengan pengembaraan yang dibawa oleh cerita ini.


EmoticonEmoticon