Luka bawah kuku sakit berbisa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah luka bawah kuku?
Biasa luka di bawah kuku akibat tercucuk sesuatu yang tajam atau kulit terkoyak akibat aktiviti yang lasak.

Sop jarang kena luka bawah kuku ini tetapi kali ini terkena semasa aktiviti membuka durian. Baru ini ada beli dua longgok durian dan terpaksa membuka semua durian tersebut untuk disimpan dalam peti ais. Jika simpan dalam peti ais, ia boleh tahan lebih lama.

Semasa kusyuk membuka durian, tiba-tiba tersilap teknik dan duri durian telah tercucuk pada jari. Lagi teruk, ia terkena pada bawah kuku. Kesilapan kecil tetapi kesan yang agak bahaya!

Luka di bawah kuku agak sukar untuk sembuh kerana susah hendak letak ubat berbanding luka biasa. Kesan lebih teruk apabila luka tersebut mula terkena jangkitan selepas 2 hari. Jari mula rasa sakit dan berdenyut kesan jangkitan kuman. Mungkin semasa makan, sisa makanan telah masuk bawah kuku.

Sekarang ini, tersentuh sedikit pun rasa sakit. Jari yang kena pula ialah ibu jari sebelah kanan yang mana banyak digunakan.

Ada petua untuk pastikan luka bawah kuku cepat baik?
Previous
Next Post »