Kenapa Mama panggil Nenek Mak?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pertanyaan dari Azfar hari ini
"Kenapa Mama panggil Nenek Mak? Panggila Nenek!"

Macam mana hendak jawab tu?
"Nenek tu emak mama, jadi kenalah panggil Nenek itu mak." Jelas Sop.

Agak-agak Azfar faham atau tidak jawapan tersebut? Anak baru 6 tahun tidak boleh terima penjelasan tahap tinggi bukan?

Azwar dengan yakinnya menambah
"Orang dewasa kena panggil Mak. Kanak-kanak kena panggil Nenek."

Mungkin maksud Azwar, jika orang jauh lebih tua perlu dipanggil nenek sebab itu selalu disuruh apabila berhadapan dengan orang jauh lebih tua. Jika baya-baya Papa atau Mama perlu dipanggil pakcik atau makcik. Pandai juga bukan?

Anak-anak sedang belajar dan memahami, banyak soalan-soalan cepu emas ditanya mereka. Ibubapa kena pandai menjawab agar mereka faham :)

Terima kasih kerana membaca entry ini :)
Previous
Next Post »