30 December 2012

Hari suaikenal Pra Sekolah tahun 2013

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Semalam kebanyakkan sekolah mengadakan hari orientasi bagi murid baru. Entry sebelum ini ada bercerita tentang Majlis Orientasi Murid Tahun 1 SK Taman Seri Rampai yang mana Azfar akan berada dalam kelas 1 Cekal tahun 2013.

Selesai Majlis Orientasi Tahun 1, Sop terus ke Majlis Suaikenal Pra Sekolah pula di sekolah yang sama yang mana Azwar akan mengikuti pra sekolah tahun 2013. Terima kasih kepada pihak sekolah yang memilih Azwar untuk mengikuti kelas pra sekolah.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan PK Pentadbiran dan penerangan ringkas oleh guru Pra Sekolah. Dalam majlis ini turut diadakan juga pelantikan AJK Kelas Pra Sekolah yang mana Sop turut mencalonkan diri sendiri. Hehehe

Majlis diteruskan dengan penyampaian cederamata kepada murid iaitu botol air. Dalam majlis suaikenal ini juga, ibubapa boleh menyemak baju dan seluar pra sekolah untuk tempahan.

Bermula Rabu ini, Azwar akan bermula belajar di kelas pra sekolah. Yey!






EmoticonEmoticon