10 December 2012

Berjaya miliki roller skate akhirnya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Roller skate adalah permainan yang lasak sesuai untuk golongan kanak-kanak hingga dewasa tetapi perlu belajar dengan betul. Jika tidak, kecederaan serius boleh berlaku terutama golongan dewasa.

Permainan roller skate bahaya kerana akan mudah jatuh jika tidak mahir. Proses untuk mengimbangi badan berada di atas roller skate perlu kemahiran imbangan yang baik dan teknik yang betul.

Boleh kah Sop bermain roller skate?
Sop yakin boleh bermain kerana berdasarkan pengalaman semasa kecil yang mana Sop pernah bermain roller skate ini. Jika tidak, kemungkinan besar Sop tidak akan beli kerana jika tua-tua hendak belajar, sangat susah. Lagi pula, segan sahaja jika asyik jatuh-jatuh!

Roller skate yang Sop miliki ini bukan baru. Sop beli secondhand dari mudah.my yang diiklankan oleh seorang. Harga yang ditawarkan cukup sesuai dengan jenama. Setelah proses tawar menawar berjaya, Sop pergi melihat roller skate tersebut. Roller skate masih baru tetapi ada sedikit koyak akibat jatuh.

Oleh kerana koyak tersebut tidak teruk dan roller skate masih baru, Sop setuju membeli roller skate tersebut. Harga jualan ialah RM280 selepas ditawar dari RM350. Roller skate jenama K2 sebenarnya sangat mahal. Sebagai orang yang baru hendak menjinakkan diri kembali, adalah baik beli roller skate murah dahulu. Jika beli mahal tetapi jatuh dan rosak, lagi tidak berbaloi bukan? Jika sudah hebat nanti (boleh terbang-terbang) baru boleh beli yang baru bukan? hehehehe

Lepas ini bolehlah bermain dengan anak-anak. Boleh lah Sop bersenam dan riadah sedikit. Agak lama tidak bersenam dan keluarkan peluh. Perut pun hendak buncit dah! Hehehehe

Siapa kaki skate tu, bolehlah ajak Sop join. Hehehehe




EmoticonEmoticon