06 December 2012

Baby Auni suka makan buah

Selamat sejahtera kepada semu rakan.

Baby Auni suka makan pelbagai jenis benda yang ada depan dia. Semua Baby Auni hendak rasa agaknya. Oleh sebab itu, semua benda dimasukkan ke mulut. Banyak mainan yang kecil terpaksa di quarantin takut Baby Auni tertelan.

Semalam nenek telah bagi Baby Auni buah pear yang dikupas kulitnya. Bukan main suka Baby Auni makan sampai marah apabila diambil. Mungkin apabila Baby Auni gigit, terasa manis buah pear tersebut.

Kami pula yang risau kerana gusi Baby Auni telah kuat. Boleh sahaja Baby Auni gigit tanpa masalah.

Sorry Baby Auni, buah pear tersebut hanya untuk rasa-rasa sahaja. Tunggu sudah besar nanti baru boleh makan betul-betul :)






EmoticonEmoticon