10 December 2012

Baby Auni sudah boleh sebut papa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Auni sekarang telah berusia hampir 8 bulan. Perkembangan terkini ialah boleh merangkak dengan lancar, duduk sendiri dan berdiri sambil berjalan dengan berpaut pada katil atau kerusi.

Baby Auni juga telah mula makan bubur dengan baik. Bertambah tembam lah selepas ini. Berat Baby Auni tidak dapat dipastikan kerana belum lagi timbang selepas cucuk berumur 6 bulan.

Perkembangan terkini ialah Baby Auni telah boleh menyebut "papa". Apabila Baby Auni disebut "papa", biasa dia akan menyebut "papapa.." Tidak sia-sia Sop selalu ajar sebut "papa". Sekarang ini, selalu pula Baby Auni akan sebut "papapa".

Walaupun Baby Auni tidak tahu "papa" itu apa tetapi sekurang-kurangnya dia boleh sebut :) Namun jika dipanggil Auni, tahu itu panggilan kepada beliau :)

Terima kasih kerana membaca perkembangan Baby Auni :)

2 comments:

  1. Wah.. Best la baby auni dh pandai ckp papa.. Nk cubit pipi dia blh x abg sop?? :) hehe

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon